Tuesday, March 18, 2014

Kini saya di alam University

Assalamualaikum ..

Kini sha di alam university .. alhamdulilah cita-cita sha untuk melangkah dan belajar di U sudah pun tercapai ..walaupun sha pernah berfikir layakkah sha untuk merasai dan belajar di university sekarang sudah terjawab ..sha pernah berfikir selepas arwah abah meninggal mungkin sha tak akan dpt sambung belajar lagi sebab tiada lagi semangat untuk sambung belajar ..tapi semua itu hanya mimpi yang telah sha lenyapkan ..sha teringat yang didepan arwah abah selepas abah melepaskan nafas yang terakhir ..sha pernah berjanji yang sha akan berlajar dengan bersungguh-sungguh jika dipikirkan balik mana janji sha kalau sha tidak mahu lagi untuk sambung belajar ..macam mana nak bekerja kalau tiada pelajaran ..hurmm bila kenangkan nasib seorang ibu yang sha memanggilnya "ma" takkan mahu biarkan ma terus melihat aku terbaring dan jadi orang yang tiada masa hadapan ..lagipun sha kan seorang perempuan selain buat keje didapur sha pun terasa bila semua kawan-kawan yang sama baya telah pun sambung pelajaran mereka sedangkan sha ? sha tak mau semua bende tu berlaku ..alhamdulilah berkat nasihat keluarga yang amat sha sayang nasihat ma , abang-abang dan kakak iparku dan juga wajah abah yang sha kenang alhamdulilah sha berjaya walaupun tak mula sama seperti kawan-kawan sha yang terus masuk ke semester satu ..sha bersyukur sha dapat sambung diploma di university teknologi mara cawangan Johor di Segamat .. terima kasih ya Allah kau telah berikan aku kesempatan ini...alhamdulilah ...

No comments:

Post a Comment

this my blog..:) ty yaww coz sudi tgk sha punye bl